Pegawai, pesara guru menang hadiah utama matta fair

Bharian

Pegawai, pesara guru menang hadiah utama matta fair"

Play all audios:

Loading...

KUALA LUMPUR: Pegawai pemasaran syarikat swasta, Teh Ai Loon dan pesara guru, Azimah Zakaria, masing-masing menerima hadiah utama cabutan bertuah MATTA Fair September 2017 di sini, hari ini.


Ai Loon, 41, memenangi pakej pelancongan lima hari empat malam berserta tajaan tiket kelas ekonomi Emirates Superjet dan hotel untuk kategori cabutan bertuah antarabangsa manakala Azimah,


62, membawa pulang baucar pelancongan RM5,000 kategori domestik. Selain itu, seramai 24 pemenang lain kategori antarabangsa masing-masing membawa pulang hadiah antaranya tiket kelas ekonomi


syarikat penerbangan merangkumi Emirates, Air Asia, Garuda, Cathay Pacific dan Ethiopian, ke destinasi pelancongan terkenal seperti London, Amsterdam, Paris serta Croatia, selain baucar kad


kredit RM1,000. Sementara itu, 21 pemenang kategori domestik masing-masing membawa pulang hadiah seperti baucar pelancongan RM3,000 dan RM1,000, tiket penerbangan Firefly dan beg pelancongan


American Tourister. Hadiah disampaikan Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk KL Tan; Ketua Pegawai Eksekutif MATTA, Phua Tai Neng dan wakil penaja.


Sebanyak 25,624 penyertaan peraduan pembelian diterima untuk kategori domestik dan 142,471 kategori antarabangsa. Ia menyaksikan orang ramai membelanjakan RM47.5 juta bagi menyertai peraduan


berkenaan. Sementara itu, Ai Loon yang kali pertama berbelanja di MATTA Fair, terkejut apabila diumumkan pemenang utama kategori antarabangsa dan berhasrat berkongsi kejayaan itu dengan


ibunya. "Dubai antara destinasi ingin saya lawati dan akan berkongsi kemenangan ini dengan ibu, Lim Ming Yoke. "Ini kali pertama saya berbelanja di MATTA Fair dengan membelanjakan


RM6,000 untuk pakej percutian ke Taiwan dan Paris," katanya. Azimah berhasrat menggunakan baucar dimenanginya untuk ke London berikutan anaknya turut memenangi tiket peraduan ke Liga


Bola Sepak Inggeris (EPL) di London anjuran syarikat swasta. "Alhamdulillah, memang hasrat saya melancong di dalam dan luar negara. Saya dan keluarga dan membelanjakan RM4,000 ketika


MATTA Fair, baru-baru ini. "Mungkin saya boleh gunakan baucar ini untuk menampung sebahagian perbelanjaan kami sekeluarga ke London," katanya.


Trending News

Kehidupan rohingya di malaysia lebih baik

COX'S BAZAR (Bangladesh): "Kehidupan saya di Malaysia jauh lebih baik berbanding di kem pelarian. Tetapi saya ...

Pertemuan dr mahathir bersama umno, pas perbetulkan pemikiran jumud

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, menjelaskan pertemuan antara Tun Dr Mahat...

Dakwa semua suspek skandal 1mdb - khaled nordin

JOHOR BAHRU: Jho Low dan semua pihak yang dikatakan terbabit dengan skandal 1MDB perlu dibawa ke muka pengadilan dengan ...

Wany hasrita besar hati disamakan dengan siti nordiana

KUALA LUMPUR: Bakat baharu arena muzik, Wany Hasrita, berbesar hati apabila sebahagian peminat membandingkan suaranya de...

Lelaki ditahan disyaki cuba cederakan polis dengan cangkul

Lelaki ditahan disyaki cuba cederakan polis dengan cangkul | Berita Harian Ikuti Kami Di: __ __ __ __...

Latests News

Pegawai, pesara guru menang hadiah utama matta fair

KUALA LUMPUR: Pegawai pemasaran syarikat swasta, Teh Ai Loon dan pesara guru, Azimah Zakaria, masing-masing menerima had...

Baru 7 tahun, ini 9 potret gemas abram khan bungsu shah rukh khan

Masyarakat Indonesia pasti sudah tidak asing dengan sosok Shah Rukh Khan yang kerap dijuluki _King of Bollywood_, perann...

Cara nabilah ayu eks jkt48 bagi fokus karier dan kuliah, pilih mana?

Sejak mengundurkan diri dari JKT48 pada 2017 lalu, Nabilah Ayu hingga kini masih sering terlihat di layar televisi. Namu...

Covid-19: sekatan baharu cetus kemarahan, kegusaran di eropah

MADRID: Kemarahan serta kegusaran orang ramai terus meningkat susulan langkah negara Eropah melaksanakan perintah berkur...

Mesut ozil, fenerbahce, erdogan, dan janji kepada ibu

JAKARTA, IDN TIMES - Banyak bumbu yang mengiringi kepindahan Mesut Ozil dari Arsenal ke Fenerbahce. Selain karena menit ...

Top