Pertemuan dr mahathir bersama umno, pas perbetulkan pemikiran jumud
Pertemuan dr mahathir bersama umno, pas perbetulkan pemikiran jumud"
Play all audios:
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, menjelaskan pertemuan antara Tun Dr Mahathir Mohamad bersama UMNO dan PAS, bertujuan memperbetulkan kejumudan
dua parti berkenaan. Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu berkata, pertemuan berlaku selepas Perdana Menteri menyedari gaya berfikir dua parti terbabit tidak membantu kepentingan
negara dalam fasa kritikal kini. “Memang isu Melayu dan Islam perlu ditangani, tetapi dalam kerangka pemikiran bagaimana? Itulah yang Dr Mahathir mahu jelaskan kepada UMNO dan PAS. “Begitu
juga keseluruhan kepemimpinan Malaysia baharu hari ini yang terbuka mengajak semua pihak untuk sama-sama menyokong pemikiran yang progresif dan inklusif, sekali gus menolak pemikiran sempit
agama dan kaum supaya seluruh rakyat dapat menikmati kemakmuran bersama. “Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Gagasan Rahmah, Aman, Harmoni, Mesra, Alami dan Hormat (RAHMAH) adalah pelantar
membentuk Malaysia Baharu yang perlu didukung bersama,” katanya melalui kenyataan, hari ini. Januari lalu, foto memaparkan Dr Mahathir menerima kunjungan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang dan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, mencetus khabar angin bahawa ada usaha membawa PAS menyertai Pakatan Harapan (PH). Pada masa sama, Mujahid berkata, ‘bersama’
yang dimaksudkan pihaknya bukan bermakna mencairkan identiti kepartian masing-masing, tetapi kritikan yang dibuat haruslah bertujuan menguntungkan rakyat bukannya atas nama kepentingan
politik sempit. Beliau turut bertanya sama ada UMNO dan PAS melalui Muafakat Nasional mampu bersifat progresif untuk memimpin perubahan negara ke arah lebih baik. “Jika PAS dan UMNO mahu
bergabung, biarlah saingan itu mendasari idea progresif ke arah perubahan lebih baik untuk negara kerana hanya dengan persaingan sihat, rakyat akan menikmati dasar lebih menguntungkan.
“Soalnya mampukah UMNO dan PAS punya kerangka berfikir paling asas ini? Adakah mereka cukup progresif untuk memimpin perubahan ke arah lebih baik?” katanya. Beliau juga mempersoalkan sama
ada gaya pemikiran UMNO dan PAS yang sering memainkan isu perkauman dan agama sempit dalam semua keputusan dan usaha perubahan diusahakan PH seperti isu Tabung Haji dan pengajaran Jawi itu,
layak membina negara. Katanya, dalam usaha meraih sokongan politik, UMNO dan PAS sanggup memfitnah, berbohong dan memanipulasi kenyataan kerajaan dengan niat memutarbelitkannya demi meraih
sokongan politik. “PAS dengan gaya politiknya yang lebih berkhayal di alam utopia daripada berpijak di dunia realiti dengan mendakwa hanya mereka sahaja layak membawa Islam, manakala UMNO
yang dulunya progresif kini merangkul kejumudan dan sanggup bermainkan sentimen kaum yang murahan. “Apakah sentimen sedemikian yang akan menentukan masa depan negara?” soalnya.
Trending News
7 Fakta Fungsi Jari Kaki Sebenarnya, Tak Semua Orang Tahu | IDN TimesSetelah beberapa waktu, istirahatkan kakimu dan biarkan menyentuh tanah. Bandingkan mana yang lebih mudah berdiri. Yang ...
7 raja korea selatan yang terkenal bijak dan berkarismaIa berhasil memulihkan ekonomi yang saat itu terpuruk pascaperang dengan mengutamakan perdagangan perak dan tembaga. Ia ...
Daftar silsilah raja majapahit: sejarah awal kerajaan hingga runtuhtirto.id - Kerajaan Majapahit pernah menjadi kemaharajaan besar dalam sejarah bangsa Indonesia atau Nusantara. Kerajaan ...
Jangan Salah Sangka, Ini 7 Tanda Tuhan Sayang dengan Hambanya | IDN TimesThis article is written by our community writers and has been carefully reviewed by our editorial team. We strive to pro...
Boléro - sebuah penghormatan kepada Maurice Ravel: pertunjukan di Palais des Congrès di ParisSedang mencari ide untuk tamasya keluarga? Boléro - hommage à Maurice Ravel telah dirancang untuk anak muda dan orang tu...
Latests News
Pertemuan dr mahathir bersama umno, pas perbetulkan pemikiran jumudKUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, menjelaskan pertemuan antara Tun Dr Mahat...
Britain’s Royal Air Force in Malaysia for Exercise Bersama Lima - GOV.UKKUALA LUMPUR, 4 October 2016 - British Royal Air Force (RAF) Typhoon Aircraft flown by 1(Fighter) Squadron from RAF Loss...
7 tempat makan di solo yang enak dan khas jawa tengah01 Sep 2021, 16:48 WIB instagram.com/satembokgalak_solo Pelesiran ke suatu daerah seperti Solo, misalnya jangan cuma men...
'curiga sebab kematian punca mohon gali semula kubur''Curiga sebab kematian punca mohon gali semula kubur' | Berita Harian Ikuti Kami Di: __ __ __ __...
Malaysia eksport durian sejuk beku ke chinaNANNING: Pengenalan sistem pengesan rasa dan asal durian, MiTrace akan membantu Malaysia mencapai sasaran eksport durian...