Covid-19: sekatan baharu cetus kemarahan, kegusaran di eropah

Bharian

Covid-19: sekatan baharu cetus kemarahan, kegusaran di eropah"

Play all audios:

Loading...

MADRID: Kemarahan serta kegusaran orang ramai terus meningkat susulan langkah negara Eropah melaksanakan perintah berkurung dan sekatan baharu bagi membendung lonjakan penularan COVID-19.


Kerajaan di Eropah kini terdesak untuk mengekang lonjakan jangkitan yang membimbangkan di benua ini yang sudah mencatatkan lebih 279,000 kematian akibat wabak itu. Di Sepanyol, orang ramai


mengadakan bantahan di jalanan yang menyaksikan rusuhan dan vandalisme tercetus di beberapa bandar. Sepanyol telah menguatkuasakan perintah berkurung waktu malam, selain hampir semua wilayah


menutup sempadan untuk menghalang perjalanan jarak jauh. Menurut polis, penunjuk perasaan di beberapa bandar Sepanyol bertempur dengan pasukan keselamatan untuk malam kedua, kelmarin. Dalam


pada itu, England bersiap sedia menguatkuasakan arahan perintah berkurung yang baharu seperti di Austria, Perancis dan Ireland. Namun, ramai menyuarakan kebimbangan berhubung kesan terhadap


ekonomi akibat pelaksanaan perintah berkurung selama empat minggu itu yang dijadualkan bermula Khamis ini. Orang ramai tetap gusar walaupun perintah berkurung kali ini tidak seketat


pelaksanaan terdahulu, dengan sekolah dan universiti dibenarkan terus beroperasi seperti di Perancis. Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Industri Waktu Malam, Michael Kill yang memberi


penekanan terhadap sektor hiburan serta hospitaliti, berkata penutupan baharu itu bakal menyebabkan perniagaan menghadapi krisis kewangan yang teruk. Menurut laporan media, kerajaan Itali


yang menyaksikan tunjuk perasaan pada minggu lalu pula dijangka mengumumkan sekatan baharu, hari ini. Sekatan itu dijangka meliputi larangan perjalanan antara wilayah, penutupan pusat


beli-belah pada hujung minggu, mengehadkan aktiviti komersial dan pelaksanaan perintah berkurung lebih awal pada waktu malam. "Lengkuk epidemiologi itu masih sangat tinggi dan


menakutkan. "Oleh itu, ia sama ada kita melandaikannya atau berdepan masalah," kata Menteri Kesihatan, Roberto Speranza yang menggesa perintah berkurung dilaksanakan di seluruh


negara berkenaan, kepada akhbar Corriere della Sera. Sekatan turut mencetuskan kegusaran di Argentina, termasuk rusuhan dalam beberapa penjara di wilayah Buenos Aires di mana banduan


menuntut pembukaan semula kunjungan oleh pelawat. - AFP * Lagi berita mengenai COVID-19


Trending News

Kehidupan rohingya di malaysia lebih baik

COX'S BAZAR (Bangladesh): "Kehidupan saya di Malaysia jauh lebih baik berbanding di kem pelarian. Tetapi saya ...

15 lagu sedih thailand yang siap temani patah hati

Lagu bisa jadi sarana untuk meluapkan emosi, entah itu sedih, bimbang, ragu, ataupun marah. Saat sedang galau, mendengar...

Jackie chan sambut baik kemasukan lebih banyak filem asing

BEIJING: Bintang aksi terkenal, Jackie Chan, berkata pembukaan pasaran filem China yang dikawal ketat kepada dunia luar ...

Pembunuh bersiri as dipenjara seumur hidup

SACRAMENTO: Bekas anggota polis Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa kemungkina...

Extraordinary you dan 4 drama seru ini dibintangi sf9 rowoon!

Pencinta KPop pasti tak asing lagi dengan sosok Rowoon. Sebelum menjadi aktor dan membintangi banyak drama, ia adalah an...

Latests News

Covid-19: sekatan baharu cetus kemarahan, kegusaran di eropah

MADRID: Kemarahan serta kegusaran orang ramai terus meningkat susulan langkah negara Eropah melaksanakan perintah berkur...

Mesut ozil, fenerbahce, erdogan, dan janji kepada ibu

JAKARTA, IDN TIMES - Banyak bumbu yang mengiringi kepindahan Mesut Ozil dari Arsenal ke Fenerbahce. Selain karena menit ...

Suka lagu sendu khas pop-punk? Yuk, dengarin 7 band ini!

Gak hanya penyanyi beraliran pop, rock, electronik, folk, indie dan jazz saja yang bisa bikin lagu galau dan sedih atau ...

7 fakta fungsi jari kaki sebenarnya, tak semua orang tahu

Memiliki jari adalah hal yang lumrah bagi kita. Berkat jari-jari ini, kita pun jadi bisa menggenggam dan melakukan sesua...

Jangan salah sangka, ini 7 tanda tuhan sayang dengan hambanya

Pernahkah kalian merasa hidup ini tidak adil? Pasti banyak sekali yang merasa seperti itu, terutama bagi mereka yang ser...

Top