Malaysia, india bakal terjemah sastera rakyat masing-masing
Malaysia, india bakal terjemah sastera rakyat masing-masing"
Play all audios:
THANJAVUR, India: Malaysia dan India akan menterjemahkan karya sastera rakyat negara masing-masing ke bahasa Melayu serta Tamil. Bagi Malaysia, Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
akan menterjemahkan 10 karya sastera rakyat India ke bahasa Melayu. Ia sebagai timbal balik kepada usaha diambil India melalui Bahagian Pembangunan Kerajaan Tamil, Tamil Nadu, yang mahu
menerbitkan sastera rakyat Melayu ke bahasa Tamil. Usaha penterjemahan itu hasil hubungan dibina dengan India melalui syarikat penerbitan dari negara itu, Kalaignaan Pathipagam bersama
Jabatan Pengajian India Universiti Malaya (UM) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) yang berlangsung sejak Pertemuan Penyair India-Asean pada 2015. Pengarah Urusan ITBM, Mohd Khair
Ngadiron, berkata proses penterjemahan karya itu dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh sekitar enam bulan saja. "Kerja penterjemahan ini tidak akan memakan masa yang lama dan ia
akan bermula selepas kami mendapatkan senarai sastera rakyat yang bersesuaian daripada pihak India untuk diterjemahkan ke bahasa Melayu. "ITBM sebelum ini pernah menterjemah dan
menerbitkan naskhah dalam bahasa Tamil, bagaimanapun ini kali pertama kita melakukannya untuk pasaran India sendiri" katanya kepada BH selepas sesi dialog di Universiti Tamil, di sini.
Yang turut hadir, Presiden PENA, Dr Mohamad Saleeh Rahamad; Ketua Bahagian Penyelidikan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Mohd Hanafi Ibrahim; Ketua Jabatan Pengajian India UM, Dr R
Mohana Dass; Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian India UM, Prof Madya Dr M Krishanan; Profesor Madya di Universiti Tamil, Dr G Pazhanivelu dan Pengarah Urusan Kalaignaan Pathipagam, M Nandan.
Perjumpaan itu adalah sebahagian agenda bagi Pertemuan Penyair India-ASEAN yang disertai delegasi Malaysia, Indonesia dan Singapura. Pengarah Bahagian Pembangunan Kerajaan Tamil, Tamil
Nadu, Dr G Vijaya Raghavan turut gembira dengan kerjasama bersama ITBM yang dicapai dalam sesi dialog itu. Beliau berkata pihaknya amat berminat menjalin kerjasama dengan Malaysia serta akan
menyediakan dana bagi usaha penterjemahan karya sastera rakyat masyarakat Melayu ke bahasa Tamil itu. Sementara itu, Mohamad Saleeh berkata, usaha penterjemahan berkenaan adalah strategi
terbaik mengantarabangsakan dan seterusnya memperkenalkannya kepada masyarakat luar. "Perkongsian sastera rakyat perlu dilakukan secara silang budaya dan itu juga sebabnya saya undang
bersama ITBM dan DBP dalam acara tahun ini. "PENA hanyalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kami hanya dapat merintis jalan kepada kerjasama ini tetapi pembabitan dan
keupayaan ITBM dan DBP dapat memastikan perkara ini seterusnya dilaksanakan," katanya. Dalam perbincangan itu, Bahagian Pembangunan Kerajaan Tamil, turut berminat menjalinkan kerjasama
dengan kerajaan Malaysia bagi menubuhkan Jabatan Pengajian India di Universiti Tamil.
Trending News
20 Gaun Pengantin Paling Ikonik Sepanjang SejarahMemiliki pernikahan yang sempurna merupakan impian setiap perempuan. Selain dekorasi dan konsep acara, salah satu hal ya...
Adun tungku cadang nurul izzah diharamkan masuk sabahADUN Tungku cadang Nurul Izzah diharamkan masuk Sabah | Berita Harian Ikuti Kami Di: __ __ __ __...
11 kumpulan meme baby yoda yang bikin gemas fans 'the mandalorian'IDN Times Community adalah media yang menyediakan platform untuk menulis. Semua karya tulis yang dibuat adalah sepenuhny...
Resep misoa kornet goreng ala yummy, camilan kekinian yang bikin nagihMembuat camilan sendiri saat santai di rumah itu gampang banget. Kamu cukup unduh aplikasi _Yummy_ untuk menemukan berag...
5 alasan penting kamu perlu menggunakan skincare di malam hariSelama ini kamu mungkin bertanya-tanya, kenapa ada produk _skincare_ yang dibuat khusus untuk malam hari? Bagaimana sean...
Latests News
Malaysia, india bakal terjemah sastera rakyat masing-masingTHANJAVUR, India: Malaysia dan India akan menterjemahkan karya sastera rakyat negara masing-masing ke bahasa Melayu sert...
Jangan salah sangka, ini 7 tanda tuhan sayang dengan hambanyaPernahkah kalian merasa hidup ini tidak adil? Pasti banyak sekali yang merasa seperti itu, terutama bagi mereka yang ser...
5 jenis sihir terkuat dalam anime black cloverSihir adalah hal yang sangat penting dalam dunia _Black Clover._ Bahkan, alasan para bangsawan mendiskriminasi rakyat je...
14 potret artis yang langsing kurang dari 6 bulan melahirkanMelahirkan dan menjadi ibu adalah momen membahagiakan bagi seorang perempuan. Namun, kadang kekhawatiran akan perubahan ...
Cara nabilah ayu eks jkt48 bagi fokus karier dan kuliah, pilih mana?Sejak mengundurkan diri dari JKT48 pada 2017 lalu, Nabilah Ayu hingga kini masih sering terlihat di layar televisi. Namu...