Fitri haris & rabithah selit isu kesihatan mental dalam dalil cinta
Fitri haris & rabithah selit isu kesihatan mental dalam dalil cinta"
Play all audios:
Semakin dikenali ramai apatah lagi selepas kejayaan meraih kedudukan 3 teratas dalam kategori Artis Nasyid Pilihan di malam Anugerah Nasyid Malaysia 2020 baru-baru ini, kumpulan nasyid
RABITHAH kini tampil dengan buah tangan terbaharu bergandingan bersama juara Gema Gegar Vaganza musim kedua, DR.FITRI HARIS. KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL Menariknya mengenai karya
mereka yang berjudul Dalil Cinta ciptaan Akmal Mustafa dan penulis lirik Hasif Sazali, kali ini isu kesihatan mental yang kian membelenggu masyarakat dunia hari ini telah dipertengahkan.
Malah ianya diperakui oleh Dr.Fitri yang melihat masalah kesihatan mental di Malaysa berada dalam keadaan membimbangkan. > “Sejak krisis pandemik covid-19 melanda negara, kita boleh lihat
> semakin ramai golongan belia dan remaja menzahirkan gejala-gejala > permasalahan ini di media sosial tanpa mereka sedari. > > “Amat menyedihkan bila respon yang mereka terima
daripada > masyarakat boleh dikatakan amat negatif dan langsung tidak membantu. > > “Keadaan ini mendorong saya dan juga Rabithah mengangkat isu ini > sebagai tema dalam Dalil
Cinta dengan harapan lirik yang kami > nyanyikan ini mampu memberikan sedikit sinar harapan buat mereka > untuk memulakan tahun baharu 2021” kata Dr Fitri dalam kenyataan > media
Tambah bekas anggota UNIC ini lagi, pengalamannya menghadapi jatuh bangun dalam industri menjadikan Dalil Cinta suatu karya yang amat dekat di hati. ANGGAP INTEAM LAYAK MENANG Mengulas
mengenai keputusan pada malam Anugerah Nasyid Malaysia baru-baru ini, wakil kumpulan Rabithah berkata mereka berpuas hati dengan kemenangan Inteam dalam kategori Artis Nasyid Pilihan dan
menganggap berada dalam kedudukan tiga teratas merupakan pencapaian yang besar bagi mereka. > “Berjaya ada dalam top 3 pun sudah cukup membanggakan buat kami > lebih-lebih lagi bila
dapat tahu jarak undian antara kami dan > kumpulan Inteam tidak terlalu jauh. > > “Pada kami, ini sendiri satu petunjuk bahawa golongan artis nasyid > muda dan baharu yang ada
dalam industri nasyid mampu untuk berdiri > bersama dengan artis-artis nasyid hebat seperti mereka” katanya Untuk rekod, ini merupakan kolaborasi kedua di antara Rabithah dan juga Fitri
Haris selepas kerjasama pertama mereka menerusi lagu ‘Hatiku’ (Ice Cream versi dakwah) nyanyian asal Blackpink dan Selena Gomez berjaya menggemparkan dunia hiburan. [embedded content] What’s
your Reaction? > _Jangan lupa langgani saluran INSTAGRAM, FACEBOOK dan TELEGRAM > Murai.MY untuk berita hiburan terkini. _
Trending News
4 fakta unik rumah mewah mistis dalam drakor it's okay to not be okayDunia sedang dibuat jatuh cinta dengan salah satu drama Korea yang sedang naik daun, yakni _It's Okay to Not Be Oka...
Day6 Berjanji Datang Lagijpnn.com - Lightstick hijau-putih mendominasi Balai Sarbini, Jakarta Selatan, pada Sabtu malam (26/8). Ratusan fans suda...
7 kuliner bulgaria yang dijamin bakal bikin kamu ngilerBulgaria merupakan salah satu negara yang banyak didatangi oleh wisatawan. Alamnya yang indah dan sejarah yang masih ter...
Potret yoo yeon seok yang genap 37 tahunSiapa tidak kenal aktor manis yang satu ini? Yoo Yeon Seok semakin populer sejak membintangi _Hospital Playlist_. Kemamp...
John kei kepada anak buahnya: apa hukuman bagi pengkhianat? Mati!JAKARTA, IDN TIMES - Tim Direktorat Reserse Kriminal Umum (Ditreskrimum) Polda Metro Jaya hari ini menggelar pra rekonst...
Latests News
10 potret gagah richard kyle di usia 32 tahun, makin berkarisma!Richard Kyle. Bagi kamu para penonton setia acara petualangan "My Trip My Adventure", kamu pasti sudah tidak a...
Curious kids: mengapa bulu mata atas lebih panjang daripada yang bawah?------------------------- _MENGAPA BULU MATA BAGIAN ATAS KITA LEBIH PANJANG DARIPADA YANG BAWAH? LILIA, 7 TAHUN_ -------...
5 remake lagu ballad korea terbaik sepanjang masaLagu ballad dengan nadanya yang lambat dan tenang memiliki daya tarik tersendiri bagi orang-orang tertentu. Lagu-lagu de...
Resep kembang goyang khas betawi yang gurihnya bikin nagihLebaran di Indonesia selalu identik dengan variasi kue keringnya yang nikmat. Kamu paling suka dengan kue apa, nih? Kala...
5 alasan berbuat kesalahan itu penting buat hidupPernah gagal, kecewa dan merasa tidak berguna. Perasaan tersebut pasti pernah semua orang rasakan. Dan Akar dari semua i...