Biarlah saya bersendirian - ezlynn
Biarlah saya bersendirian - ezlynn"
Play all audios:
KUALA LUMPUR: 'Biarlah saya bersendirian'. Begitulah reaksi penyanyi, Ezlynn ketika diminta mengulas tindakan memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Adam Fahmy Shamsuddin.
Ezylnn yang terkenal dengan lagu Hi Hi Bye Bye memberitahu BH Online, dia tiada mood untuk ditemubual berhubung perkara itu. "Saya bukan dalam mood untuk berfotografi atau ditemubual
sekalipun. Tak ada apa yang nak dikongsipun. Saya harap kamu faham," katanya. Penyanyi yang pernah berduet dengan Datuk M Daud Kilau menerusi lagu Pening itu memohon pengertian besar
terhadap suratan hidupnya sekarang. "Saya mahu dibiarkan bersendirian. Kita akan bertemu juga suatu hari nanti, dalam sebuah acara mungkin... Mesti berjumpa nanti," katanya.
Semalam, Ezlynn dilaporkan memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya pada Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. Permohonan cerai difailkan Ezlynn atau nama sebenarnya,
Azline Ariffin, 36, mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984. Hakim Syarie Mohamed Hizwan Mohamed Nor dalam sebutan kes itu semalam,
dilaporkan memerintahkan penyanyi itu bersama suaminya menghadiri sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) berikutan Adam Fahmy tidak bersetuju untuk meneruskan perceraian secara baik itu. Ezlynn
atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 36, selaku plaintif melantik kakak kandungnya, manakala Adam Fahmy, 38, selaku defendan melantik adik kandungnya, masing-masing sebagai wakil JKP. Ezlynn
hadir bersama peguam syarie Izyan Hazwani Ahmad, manakala suaminya tidak diwakili peguam. Mahkamah kemudian menetapkan 11 Julai depan untuk sebutan kes bagi mendengar laporan JKP. Pasangan
itu mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011.
Trending News
5 teknologi ini akan umum dijumpai di masa yang akan datang01 Nov 2019, 21:10 WIB theweek.in Saat ini teknologi dan sains telah mengalami kemajuan yang cukup pesat. Beberapa bidan...
10 ide padu padan ootd dengan pencil skirt, super modis & berkela22 Feb 2020, 23:01 WIB Berbagai sumber Pasti sudah tidak asing lagi dengan rok pensil bukan? Ya, rok ini sering kali dig...
Dibantai di set 1, wahyu/ade lolos babak kedua hong kong open 201JAKARTA, IDN TIMES - Pasangan ganda putra Indonesia, Wahyu Nayaka/Ade Yusuf, sukses lakoni laga _comeback_ di babak pert...
Habes BOUNABI | Premiere.frBiographie News Photos Vidéos Films Séries Nom de naissance BOUNABI Avis PoorNot so pooraveragegoodvery good Filmographi...
9 potret ulang tahun artis semasa kecil, lawas penuh kenanga16 Mar 2021, 17:32 WIB Berbagai sumber Ulang tahun merupakan momen yang paling dinantikan oleh banyak anak kecil. Pasaln...
Latests News
Biarlah saya bersendirian - ezlynnKUALA LUMPUR: 'Biarlah saya bersendirian'. Begitulah reaksi penyanyi, Ezlynn ketika diminta mengulas tindakan ...
10 potret menawan kim yeon jung, kakak kim yoo jung yang juga akt17 Agu 2019, 16:24 WIB Berbagai sumber Pencinta drama Korea kenal sama Kim Yoo Jung? Pemeran _Clean With Passion for Now...
8 tips snorkeling mudah untuk pemulainstagram.com/jakewiltonphotoKaki katak berfungsi sebagai pendorong, supaya kamu bisa berenang lebih cepat. Pelampung di...
Shuk Sahar Dikecam! Gerai Minuman Diserang Disangka Gimik SemataPelakon dan pelawak, Shuk Sahar sekali lagi menjadi tumpuan para netizen apabila dia diserang oleh seorang lelaki yang m...
10 Potret Misca Fortuna Artis Cilik yang Kini Beranjak RemajaSosok Misca Fortuna adalah seorang artis cilik yang dulunya sangat populer berkat membintangi sinetron "Emak Ijah Pengen...