Pkns fc hantar semula permohonan kepada fmllp

Bharian

Pkns fc hantar semula permohonan kepada fmllp"

Play all audios:

Loading...

KUALA LUMPUR: Naib juara Liga Perdana 2016, PKNS FC hari ini mengemukakan semula pengesahan penyertaan dalam Liga Malaysia (Liga-M) 2017 kepada Football Malaysia Limited Liability


Partnership (FMLLP) yang juga pentadbir utama liga berkenaan. Presiden PKNS FC Siti Zubaidah Abd Jabar dalam satu kenyataan, memaklumkan penyertaan mereka dalam Liga-M musim depan, mendapat


sokongan daripada Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM) berlandaskan peraturan sedia ada. Untuk rekod, PKNS FC bersetuju menjadi ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor


(PBMS) berkuat kuasa semalam, setelah Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) sebelum ini, dilaporkan tidak bersetuju dengan penyertaan kelab berkenaan dalam Liga-M musim depan. "Kesudian


Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor khasnya melalui Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia menyokong pasukan PKNS FC menyertai Liga Malaysia 2017 seharusnya dipandang tinggi semua pihak


sebagai sebuah persatuan berjiwa besar dan mempunyai semangat kesukanan tulen dalam memperluaskan perkembangan bakat bola sepak khususnya di Selangor," kata Siti Zubaidah. Mengulas


lanjut, beliau menegaskan persetujuan PKNS FC untuk menjadi ahli gabungan kepada PBMS tidak akan menjejaskan aspirasi dan matlamat yang sekian lama terpahat dalam dada pemain dan pegawai


pasukan berkenaan yang komited ke arah pembangunan bola sepak di Selangor. "Menjadi harapan kami dan saya percaya ia juga menjadi harapan semua peminat bola sepak dari seluruh negara


ingin melihat pasukan PKNS FC turut memberi saingan dalam Liga Malaysia 2017 di samping pasukan-pasukan lain," katanya. Media sebelum ini, melaporkan FAS tidak bersetuju dengan


penyertaan PKNS FC dalam Liga-M 2017 kerana kelab berkenaan dikatakan menghantar permohonan rasmi terus kepada FMLLP tanpa melalui FAS terlebih dahulu. Artikel 4.1.3(I) Liga-M mensyaratkan


hanya pasukan kelab yang dicalonkan dan disokong persatuan bola sepak negeri dan mematuhi peraturan FAM, layak menyertai Liga-M. -- BERNAMA


Trending News

10 potret gagah richard kyle di usia 32 tahun, makin berkarisma!

01 Feb 2020, 20:21 WIB Instagram.com/richo_kyle Richard Kyle. Bagi kamu para penonton setia acara petualangan "My T...

Jejak kraf tarik pengunjung tempatan ke kampung pengeluar labu sayong

Jejak Kraf tarik pengunjung tempatan ke kampung pengeluar labu sayong | Berita Harian Ikuti Kami Di: __ __ __ __...

Rakyat india berang, bank bergelut edar wang

NEW DELHI: Rakyat India semakin berang apabila bank bergelut mengedarkan wang tunai berikutan keputusan kerajaan memansu...

Resep ayam kecap untuk menu buka puasa

Ayam kecap (instagram.com/roemahkue_nyonyadonni)Jika kuah kecap terlihat mendidih, bumbui masakan dengan cabai merah, gu...

Apa Itu Monitor, Fungsi, hingga Jenis dan Cara Kerjanya

– Elektron ditembakkan dari belakang tabung gambar menuju bagian dalam tabung yang dilapis elemen yang terbuat dari bagi...

Latests News

Pkns fc hantar semula permohonan kepada fmllp

KUALA LUMPUR: Naib juara Liga Perdana 2016, PKNS FC hari ini mengemukakan semula pengesahan penyertaan dalam Liga Malays...

Eksport ogos, nilai dagangan tertinggi tahun ini - miti

KUALA LUMPUR: Jumlah dagangan Malaysia bernilai RM122.86 bilion pada Ogos 2015, susut 0.8 peratus berbanding setahun lal...

9 syarikat produksi masih gagal dikesan

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mendedahkan sembilan daripada 44 syarikat produksi yan...

Keturunan arab, intip 10 potret gemas masa kecil tasya farasya!

20 Sep 2019, 17:25 WIB Instagram.com/tasyafarasya Apa yang ada di benakmu saat memikirkan _beauty influencer_ yang satu ...

5 princess disney dengan kisah hidup paling menyedihkan

24 Jan 2021, 19:19 WIB syfy.com Walt Disney Studio adalah studio animasi yang dikenal karena film-film bertemakan _princ...

Top