Majlis eksekutif makaf kena undi tak percaya

Bharian

Majlis eksekutif makaf kena undi tak percaya"

Play all audios:

Loading...

IPOH: Sebanyak 12 gabungan Persekutuan Karate Do Malaysia (MAKAF) menzahirkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Majlis Eksekutif badan itu berhubung pelbagai isu berkaitan sukan Karate


Do sejak Februari tahun lepas. Kesemua 12 daripada 22 ahli gabungan MAKAF itu termasuk Persatuan Karate Do Shin Ryu, Persatuan Karate Hayashi Ha Malaysia, Persatuan Karate Do Goju Kai


Malaysia, Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan beberapa persatuan karate negeri mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa bagi melancarkan undi tidak percaya terhadap Majlis Eksekutif


MAKAF di sini hari ini. Presiden Persatuan Karate Do Putrajaya, P Thiagu berkata ahli gabungan berkenaan mengadakan undi tidak percaya itu susulan pelbagai isu yang wujud mengenai sukan


karate do sejak Februari tahun lepas. Antara isu ialah dakwaan penyalahgunaan dana badan berkenaan untuk kepentingan peribadi, kegagalan MAKAF membantu atlet negara yang layak ke Sukan


Olimpik Tokyo 2020. Makaf juga dikatakan membuat pelaburan terhadap sebuah syarikat tanpa mendapat kelulusan majlis tertinggi persatuan, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan


mesyuarat itu di sini hari ini.   Beliau berkata berdasarkan Seksyen 23 Akta Pembangunan Sukan, persatuan perlu mengadakan penyelesaian dalaman mengenai konflik itu sebelum campur tangan


Kementerian Belia dan Sukan serta pihak mahkamah.  Beliau berkata pihaknya mengambil inisiatif untuk mengadakan mesyuarat luar biasa selepas telah beberapa kali menulis surat kepada MAKAF


bagi meminta penjelasan mengenai beberapa isu berbangkit namun tidak dihiraukan malah menolak untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa. Thiagu berkata status pentadbiran majlis eksekutif


akan diambil alih oleh jawatankuasa ad hoc (sementara) hingga Mesyuarat Agung Pemilihan Majlis Eksekutif yang dijangka diadakan pada 10 Julai depan, selepas lebih separuh daripada persatuan


gabungan MAKAF menyatakan hilang kepercayaan. Untuk rekod, MAKAF sejak 2010 sehingga kini diterajui presiden, Tan Sri Mohd Ali Rustam. Dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) tahun lepas, Mohd


Ali meneruskan kepimpinannya setelah menewaskan pencabar, Datuk Clement Soo. - BERNAMA


Trending News

7 mitos diet yang justru bisa bikin gagal langsing

22 Jun 2019, 09:16 WIB campuspress.yale.edu Ada begitu banyak mitos tentang diet yang tersebar di kalangan masyarakat In...

Bersatu sarawak mahu berperanan besar, hadapi prn-12

KUCHING: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sarawak berhasrat menjadi parti yang diberi peranan lebih besar dalam ...

Warga emas sakit kulit kronik rayu bantuan

BALING: Seorang warga emas yang mengalami penyakit kulit kronik, merayu bantuan berikutan keadaannya semakin teruk sejak...

Waris Husain

Waris Husain (@WarisHusain) is the Senior Legal Advisor for South and Southeast Asia with the ABA Justice Defenders Prog...

5 teknologi ini akan umum dijumpai di masa yang akan datang

01 Nov 2019, 21:10 WIB theweek.in Saat ini teknologi dan sains telah mengalami kemajuan yang cukup pesat. Beberapa bidan...

Latests News

Majlis eksekutif makaf kena undi tak percaya

IPOH: Sebanyak 12 gabungan Persekutuan Karate Do Malaysia (MAKAF) menzahirkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Maj...

7 perjuangan tanpa lelah day6 di project every day6, bikin bangga

Yup, _finally _sampai juga kita di episode final dari Every DAY6! Di bulan November-Desember, DAY6 ngerilis _single _&qu...

9 potret lawas ibu artis semasa muda

29 Jan 2021, 21:17 WIB Berbagai sumber Menjadi ibu dari artis top tanah air, membuat beberapa sosok di bawah ini selalu ...

10 pesona memikat arya khan yang warisi kharisma shah rukh khan

28 Sep 2020, 08:39 WIB Berbagai sumber Lahir dari keluarga selebriti membuat Arya tak dapat lepas dari sorotan sejak usi...

Billie eilish kongsi kisah mengambil pil sewaktu kecil kerana 'body insecurities'

Dalam satu temubual beliau bersama _Vanity Fair_, Billie Eilish mendedahkan bahawa rasa tidak puas hati terhadap tubuh b...

Top