Just a moment...

Bharian

Just a moment..."


Play all audios:

Loading...

KUALA LUMPUR: Berkenalan di Instagram (IG) kira-kira dua tahun lalu, dua jejaka berbakat besar, Muhammad Fahimi Rahmat, 23, dan Muhammad Ikhmal Mohd Hamka, 25, bergabung menjadi duo dikenali


sebagai FML. Aktif memuat naik video saduran lagu dendangan penyanyi popular dengan versi sendiri, Muhammad Fahimi dan Muhammad Ikhmal akhirnya bertemu rentak dan bernaung di bawah syarikat


rakaman, Faithful Music milik penyanyi, Faizal Tahir, sejak tahun lalu. Tuah penyanyi generasi digital, FML tampil dengan single sulung berentak R&B berjudul Payung Terjun ciptaan


Faizal, Mike Chan, John Jeevasingham, Omar K, Fahimi Rahmat dan Ikhwan Fatanna. "Kami berkenalan selepas masing-masing gemar 'cover' (menyanyikan) lagu artis lain dan bermain


gitar. Apabila perasan minat kami sama, kami bergabung. "Tidak sangka video dikongsi di IG menarik minat Faithful Music yang menawarkan kami menjadi artis rakaman," kata Muhammad


Fahimi kepada BH Online. Menceritakan nama gandingan FML, Fahimi berkata, FML adalah gabungan namanya dan Muhammad Ikhmal yang dipanggil Mal. "Saya dan Mal suka melakukan susunan muzik


sendiri secara 'suka-suka'. Tapi, siapa tahu, mungkin pada masa depan, kami boleh menjadi profesional," katanya yang menganggap rakan duonya itu bersuara unik. Muhammad Fahimi


berkata, dia dan Muhammad Ikhmal masing-masing kagum dan meminati bakat besar dimiliki Faizal sejak lama dahulu. "Kalau dahulu, kami lihat Faizal dari jauh, sekarang, Alhamdulillah,


kami dapat bekerjasama. "Memang mimpi menjadi nyata. Dalam hidup ini, tiada yang mustahil. Kami percaya bakat dimiliki. Dengan bimbingan dan sokongan Faithful Music, FML boleh terbang


tinggi... Insya-Allah," katanya. Ditanya mengenai lagu Payung Terjun yang dirakam Mei lalu, Muhammad Fahimi berkata, lagu itu secara simbolik menyatakan setiap permasalahan ada jalan


penyelesaiannya. "Kalau dilihat dalam soal jodoh, kita selalu sebut, kalau ada jodoh tidak ke mana. Begitu juga masalah dalam hidup, ada cara menanganinya. "Pendek kata rezeki akan


sampai, masalah akan selesai dan jodoh akan tiba. Dalam lirik lagu itu juga ada menyebut, semuanya akan okay, tidak perlu risau. Insya-Allah semua akan baik-baik sahaja," katanya.


Trending News

All Ears - Los Angeles Times

GRANADA HILLS — At Granada Hills High School, they’ve broken the sound barrier.The deaf students mainstreamed into the s...

404 - Page Not Found W

Inext स्पेशल और पढ़ें > horoscope3 hours ago Saptahik Rashifal 8 June to 14 June: कुंभ राशि वालों के कार्य में बाधा आ सक...

Ovarian Cytology | British Journal of Cancer

The possibility of detecting pre-clinical ovarian carcinoma by ovarian cytology taken at the time of laparotomy has been...

Peruvian soldiers kill 3 protesting prices

LIMA, Peru — Security forces shot and killed three rioters Thursday during unrest over austerity measures that sent the ...

2 Supervisors Are Headed for Clash Over Dump Policy

A debate is brewing between Ventura County Supervisors Susan Lacey and Maggie Erickson Kildee over where to build the ne...

Latests News

Just a moment...

KUALA LUMPUR: Berkenalan di Instagram (IG) kira-kira dua tahun lalu, dua jejaka berbakat besar, Muhammad Fahimi Rahmat, ...

Goodyear's earnings fall 97% on charges

Goodyear Tire & Rubber Co.’s profit dropped 97% in the second quarter compared with a year earlier because of charge...

Evacuees in Hotels Fewer Than Thought

NEW YORK — Acknowledging that its staff misinterpreted data, the American Red Cross said Tuesday that about 200,000 Hurr...

Even in china, feng shui disharmony

NANJING, China — Few places are as steeped in the traditions of feng shui as this ancient city. The pathways of centurie...

Losing friends, being chased and falling: 15 common dreams and what they really mean

Whether you remember every dream you have ever had or just a few short snippets, every single person on earth dreams eve...

Top