Skandal k-pop dedah sisi gelap gangnam

Bharian

Skandal k-pop dedah sisi gelap gangnam"


Play all audios:

Loading...

SEOUL: Pada malam hujung minggu baru-baru ini, lantai tarian di satu daripada kelab malam paling terkenal di daerah mewah Gangnam hanya dipenuhi puluhan orang dan dikelilingi banyak meja


kosong. Beberapa bulan lalu, kelab malam sama penuh sesak dengan ribuan lelaki dan wanita ligat menari serta meja penuh, berharga 650,000 won (RM2,331.38) atau lebih semalam untuk minum dan


menari. Dunia diperkenalkan dengan Gangnam berikutan parodi ‘Gangnam Style’ pada 2012, video pertama mencecah tontonan bilion di YouTube. Namun gelombang jenayah seks dan aktiviti haram lain


mendedahkan sisi gelap daerah itu, kini dijauhi kalangan pelanggan dan selebriti. Menurut penyiasat polis, rangkaian bintang pop, ahli perniagaan dan polis didakwa bersekongkol untuk


mengelak cukai, rasuah dan pelacuran di sesetengah kelab berwarna-warni Gangnam. Sesetengahnya kini sedang disiasat berhubung penggunaan dadah merogol untuk melumpuhkan wanita dan menyerang


mereka, kadang kala dirakam kamera tersembunyi. “Tidak ramai orang datang ke kelab Gangnam sekarang. Siasatan sedang dilakukan,” kata seorang pekerja kepada Reuters di kelab yang kini agak


lengang. Skandal itu menjurus pengunduran empat bintang K-pop, penutupan satu daripada kelab paling mewah Gangnam serta siasatan terhadap sekurang-kurangnya enam pegawai polis disyaki


bersekongkol dengan pengendali kelab. Presiden Moon Jae-in menggesa siasatan menyeluruh, mengatakan kes kelab Gangnam menunjukkan pertembungan mungkin antara polis, pihak berkuasa cukai dan


kelas istimewa baharu termasuk selebriti yang terbabit dalam operasi haram. Lebih 500 orang disiasat berikutan penggunaan dadah dan serangan seksual serta lebih 200 ditahan dalam serbuan


seluruh negara sejak 25 Februari lalu. Pihak berkuasa cukai melancarkan siasatan terhadap 21 kelab malam dan bar kerana mengelak cukai. “Jika kita tidak memperbetulkannya, kita tidak boleh


menggelarnya masyarakat adil,” kata Jae-in. Siasatan itu, berkait sekitar dua kelab malam Gangnam, Burning Sun dan Arena bermula akhir tahun lalu apabila pengarah seni filem Kim Sang-kyo,


29, berkata, beliau cuba menghentikan satu insiden gangguan seksual namun sebaliknya diserang kakitangan Burning Sun, sebelum dipukul polis yang menahannya. Satu suruhanjaya kerajaan


merumuskan, polis di Gangnam melanggar hak Sang-kyo ketika menahannya namun pengarah itu masih disiasat atas tuduhan gangguan seksual dan memfitnah. Beliau menafikan tuduhan itu. -Reuters


Trending News

KCR - The Siasat Daily

Menu Search for Home Telangana Hyderabad India Middle East Entertainment Business Photos Videos Sidebar Siasat.com/KCRKC...

Survei: ketergantungan pada gadget membuat manusia gelisah

tirto.id - Anggapan yang menyebutkan bahwa manusia saat ini mengalami ketergantungan terhadap _gadget_ telah terbukti ke...

Menilik kembali kinerja grup bakrie di pasar modal

tirto.id - Tahun 2007 merupakan tahun keemasan bagi grup konglomerasi Bakrie. Kala itu, bisnis Grup Bakrie memasuki punc...

Lokasi muktamar muhammadiyah ke-48 tahun 2022 di solo, lengkap dengan jadwal acaranya - tribunnews. Com

muktamar48.id Logo Muktamar Muhammadiyah ke-48 - Muktamar Muhammadiyah tahun 2022 dilaksanakan di Solo sejak hari Rabu, ...

7 potret selebriti saat berambut gimbal, beda banget ya?

Musisi Bob Marley tak hanya mengenalkan musik reggae pada dunia, tapi sekaligus _trend_ rambut gimbal. Ia menjadi salah ...

Latests News

Skandal k-pop dedah sisi gelap gangnam

SEOUL: Pada malam hujung minggu baru-baru ini, lantai tarian di satu daripada kelab malam paling terkenal di daerah mewa...

7 lokasi ciamik kota rembang bikin foto preweddingmu memorable!

Sebagai suatu momen yang 'sakral', pernikahan sudah sepantasnya direncanakan secara matang. Dari dekor, kateri...

Bikin betah! Inilah 11 rumah ibadah terindah dan terunik

Beragam cara manusia beragama untuk mengagungkan Tuhan mereka, salah satu caranya dengan membangun rumah Tuhan seindah d...

Debat calon presiden penuh muslihat-siasat dari ahli bahasa bagi pemirsa

Rencana debat calon presiden (capres) dan calon wakil presiden (cawapres) Indonesia 2019 menyita perhatian masyarakat lu...

Makin eksis, 10 potret han so hee yang bakal comeback drama baru

Han So Hee yaitu aktris yang tengah naik daun berkat akting kerennya pada KDrama populer _The World Of The Married. _Ban...

Top