Edotco, peatalk bekerjasama teroka teknologi 5g

Bharian

Edotco, peatalk bekerjasama teroka teknologi 5g"

Play all audios:

Loading...

KUALA LUMPUR: edotco Malaysia dan Peatalk Corporation (Peatalk) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bersama-sama meneroka penggunaan teknologi 5G dalam menyokong agenda


digital Malaysia. MoU itu ditandatangani susulan ujian rangkaian yang berjaya dilaksanakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) bagi meningkatkan kelajuan jalur lebar mudah alih


sehingga 10Gbps kepada setiap pengguna melalui rangkaian dan infrastruktur swasta 5G, kata edotco dalam satu kenyataan. “Projek LIA menyokong projek demonstrasi 5G Suruhanjaya Komunikasi dan


Multimedia Malaysia (MCMC) dan inisiatif Airport 4.0 untuk meningkatkan pengalaman menyeluruh di lapangan terbang kepada penumpang dan vendor,” katanya. Syarikat itu berkata, ia


melaksanakan penyelesaian rangkaian swasta 5G Tetap Tanpa Wayar (FWA) di LIA, membuka jalan untuk menjadi lapangan terbang 5G pertama di Malaysia. Sementara itu, Peatalk membekalkan


teknologi FWA, yang selamat, persendirian, fleksibel dan memberikan lapangan tebang kawalan tunggal ke atas rangkaian, kata edotco sambil menambah bahawa infrastruktur rangkaian neutral akan


dapat menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi kepada penyedia perkhidmatan Internet (ISP) ) dan peruncit. “Peralatan penghantaran gelombang Millimeter dipasang di tiga lokasi iaitu


menara edotco Malaysia di Gunung Raya, struktur di LIA dan bumbung terminal lapangan terbang - bagi membawa jalur lebar yang tinggi. “Peralatan ini dihubungkan ke 19 tapak sel di lapangan


terbang, meminimumkan jurang dalam liputan dan menyediakan pengalaman yang konsisten dan lancar,” katanya. Ditubuhkan pada 2012, kumpulan edotco adalah syarikat perkhidmatan infrastruktur


telekomunikasi bersepadu serantau pertama di Asia, menyediakan penyelesaian menyeluruh dalam sektor perkhidmatan menara; dari pajakan menara, lokasi bersama, pembinaan, tenaga, penghantaran,


operasi dan penyelenggaraan. Sementara itu, Peatalk yang berpangkalan di AS ialah syarikat teknologi telekomunikasi terkemuka yang menyediakan penyambungan ‘melepasi 5G’ menggunakan


teknologi tanpa wayar gelombang mikro milimeter. -BERNAMA


Trending News

10 potret bradley adik yasmine wilblood yang disangka anaknya

13 Apr 2019, 13:18 WIB instagram.com/yaswildblood Tak banyak yang tahu, kalau artis cantik Yasmine Wildblood memiliki se...

Gesa MEIKEN | Premiere.fr

Biographie News Photos Vidéos Films Séries Nom de naissance MEIKEN Genre Femme Avis PoorNot so pooraveragegoodvery good ...

Resep masak tahu tempe bacem ala yummy

Goreng tahu dan tempe. yummy.co.idAngkat dari kompor, kemudian siapkan wajan berisi minyak dan panaskan. Goreng tahu dan...

5 Tips Penting yang Perlu Dilakukan Bila Pertama Kali ke Luar Negeri

Berpergian ke luar negeri merupakan hal yang sangat menyenangkan dan dapat dikatakan sebagai cara untuk keluar dari zona...

Tldm sentiasa siapsiaga keselamatan perairan negara

KOTA KINBALAU: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sudah bersedia dan sentiasa berada dalam kesiapsiagaan mengawasi pera...

Latests News

Edotco, peatalk bekerjasama teroka teknologi 5g

KUALA LUMPUR: edotco Malaysia dan Peatalk Corporation (Peatalk) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bersa...

Hanafi SOUL | Premiere.fr

Biographie News Photos Vidéos Films Séries Nom de naissance SOUL Avis PoorNot so pooraveragegoodvery good Vidéo à la une...

Menginjak 18 tahun, 10 transformasi aisyah aqilah yang imut

Baru saja menginjak usia baru 18 tahun, Aisyah Aqilah merupakan salah satu artis muda yang sedang naik daun sekarang ini...

BeminaWoolenMills

KashmirLife & Style Bemina Woollen Mills: From Ruins to Revival Bymigrator April 5, 2021 No Comments BeminaWoolenMillsHa...

Tldm sentiasa siapsiaga keselamatan perairan negara

KOTA KINBALAU: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sudah bersedia dan sentiasa berada dalam kesiapsiagaan mengawasi pera...

Top