Sokongan diperlukan dalam sidang dun kelantan - mustapa

Bharian

Sokongan diperlukan dalam sidang dun kelantan - mustapa"

Play all audios:

Loading...

JELI: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta rakan-rakan dalam Pakatan Harapan (PH) Kelantan mengemukakan sebarang isu berkaitan rakyat untuk


dibawa dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Isnin ini. Mustapa berkata, langkah itu penting kerana beliau adalah wakil tunggal PH di DUN Kelantan pada persidangan kali ini.


“Saya memerlukan sokongan daripada rakan-rakan PH dari luar dewan untuk membawa isu-isu kepentingan rakyat. “Ini permulaan bagi saya sebagai pembangkang daripada parti berlainan, oleh itu


saya memerlukan kerjasama daripada rakan-rakan PH di negeri ini,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Menukar Minyak Pelincir Motosikal Parlimen Jeli


di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Jeli, di sini, hari ini. Mustapa yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) selepas berakhirnya


Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lepas. Katanya, beliau kini menggalas tanggungjawab besar sebagai wakil tunggal kerajaan Persekutuan di DUN Kelantan ketika ini. “Suasana sudah pasti


berubah, oleh itu saya perlu mengambil pendekatan tunggu dan lihat terhadap isu-isu yang dibawa pada sidang kali ini,” katanya. – BERNAMA


Top