Tun m perlu tunjuk rasa tanggungjawab
Tun m perlu tunjuk rasa tanggungjawab"
Play all audios:
KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang sepatutnya menggunakan peluang perjumpaan dengan duta negara Kesatuan Eropah (EU) untuk membangkitkan isu boikot minyak sawit keluaran negara di pasaran
Eropah menjelang 2021. Sebaliknya, pimpinan pakatan pembangkang yang diketuai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, hanya menggunakan peluang pertemuan
itu untuk membincangkan kepentingan peribadi dan politik semata-mata. Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman
Dahlan, berkata Dr Mahathir yang diangkat sebagai calon perdana menteri pembangkang sepatutnya menunjukkan rasa tanggungjawab. Katanya, Dr Mahathir sepatutnya mengangkat isu negara EU
memboikot minyak kelapa sawit itu ke pengetahuan duta EU. Justeru, beliau mempersoalkan tindakan Dr Mahathir itu yang sama sekali tidak selari dengan laungan untuk memperjuangkan isu rakyat
termasuk peneroka FELDA. "Pembangkang kata mereka adalah juara untuk isu FELDA, tapi apabila berpeluang berjumpa dengan duta EU mereka tidak suarakan isu minyak sawit ini sebaliknya
menggunakan platform itu untuk kepentingan peribadi," katanya ketika dihubungi BH. Abdul Rahman berkata, beliau juga terkilan kerana Dr Mahathir menggunakan platform itu semata-mata
untuk memburukkan nama negara di pentas antarabangsa. "Sebaliknya Dr Mahathir hanya membangkitkan isu pilihan raya yang adil dan bersih, pemantauan pilihan raya dan isu 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) iaitu yang dikitar semula oleh pembangkang. "Tindakan beliau ini secara tidak langsung memburukkan nama negara. "Jadi rakyat perlu menilai tindakan Dr
Mahathir ini. Wajarkah individu begini diangkat kembali sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti," soalnya.
Trending News
Unsur kimia, jenis, sifat, contoh dan kegunaannya dalam kehidupan sehari-hariPELAYANANPUBLIK.ID- Unsur merupakan kata yang juga sering didengar dalam percakapan sehari-hari. Bukan hanya di bidang k...
Kehidupan rohingya di malaysia lebih baikCOX'S BAZAR (Bangladesh): "Kehidupan saya di Malaysia jauh lebih baik berbanding di kem pelarian. Tetapi saya ...
Tak melulu soal luar angkasa, ini 5 kegiatan utama nasa di dunia sainsNASA (_National Aeronautics and Space Administration_) adalah badan atau lembaga khusus milik pemerintah Amerika Serikat...
12 ide padu padan atasan serba putih ala vanessa andreaItem busana berwarna putih bisa bikin penampilanmu makin kalem dan _eye catching_ lho, asal kamu bisa memadukannya denga...
Menteri pppa: hari ibu bukanlah sekadar mothers dayJAKARTA, IDN TIMES - Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak (PPPA) Bintang Puspayoga mengingatkan peringat...
Latests News
Tun m perlu tunjuk rasa tanggungjawabKUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang sepatutnya menggunakan peluang perjumpaan dengan duta negara Kesatuan Eropah (EU) untu...
Dr. Say shazril dedahkan bagaimana dia boleh dikenakan cukai sehingga rm43,156Siapa sahaja yang tak terkejut apabila diarahkan untuk membuat pembayaran cukai mencecah puluhan ribu ringgit. Apatah la...
Pelayan pakistan terkenal kerana seiras pelakon 'game of thrones'RAWALPINDI: Pelayan warga Pakistan, Rozi Khan tidak pernah mendengar ‘Game of Thrones’ atau watak amat popularnya, Tyrio...
Halimey abu bakar, wong siew ki angkat sumpah jawatan adunHalimey Abu Bakar, Wong Siew Ki angkat sumpah jawatan ADUN | Berita Harian Ikuti Kami Di: __ __ __ __...
Ini dia kelebihan dan kekurangan kain rajut, kamu wajib tahuMinggu, 27 September 2020 - 15:35 WIB VIVA – Hadir dengan berbagai warna dan juga motif, tren kain rajut sepertinya seda...