Isu peralihan kuasa selesai - anwar

Bharian

Isu peralihan kuasa selesai - anwar"

Play all audios:

Loading...

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan isu peralihan kuasa antara beliau dan Tun Dr Mahathir Mohamad, dianggap selesai. Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata,


beliau dan Perdana Menteri memiliki persefahaman yang utuh berhubung isu berkenaan. “Saya dengar seluruh kenyataan Tun Dr Mahathir, sebagai Perdana Menteri beliau bertanggungjawab


menguruskan ekonomi (negara) tetapi soal peralihan kuasa dan perjanjian melepaskan jawatan itu sangat tegas. “Saya berpuas hati dengan beberapa pertemuan antara saya dan Tun Dr Mahathir,


benda ini (soal peralihan kuasa) selesai,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Lembah Pantai di sini, malam ini.


Yang turut hadir, Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil. Anwar berkata, Dr Mahathir tidak perlu memberitahu semua perkara berhubung soal


peralihan kuasa tetapi memadai dengan persefahaman antara mereka berdua. “Kamu (media) tidak boleh minta seorang penyandang Perdana Menteri untuk beritahu pelbagai hal dalam soal peralihan


kuasa. “Memadai kita ulang kenyataan dan persefahaman yang beliau bincang terus dengan saya setiap minggu,” katanya. Dr Mahathir pada sesi program ‘The Future of Malaysia and ASEAN’ di


Sidang Kemuncak Perniagaan Asean Bloomberg ke-5 di Bangkok semalam berkata, beliau tidak akan membiarkan negara dalam keadaan berantakan apabila beliau melepaskan jawatannya sebagai Perdana


Menteri apabila tiba masanya nanti. Pemimpin berusia 93 tahun itu berkata, memang menjadi hasratnya untuk terus bekerja keras buat negara dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.


Trending News

10 potret gagah richard kyle di usia 32 tahun, makin berkarisma!

01 Feb 2020, 20:21 WIB Instagram.com/richo_kyle Richard Kyle. Bagi kamu para penonton setia acara petualangan "My T...

Jejak kraf tarik pengunjung tempatan ke kampung pengeluar labu sayong

Jejak Kraf tarik pengunjung tempatan ke kampung pengeluar labu sayong | Berita Harian Ikuti Kami Di: __ __ __ __...

5 penyebab seseorang punya watak keras kepala dan suka bertindak

27 Jan 2020, 22:23 WIB pexels.com/Engin Akyurt Yang namanya watak itu seperti sebuah ketentuan yang sulit bahkan mustahi...

Ini dia kelebihan dan kekurangan kain rajut, kamu wajib tahu

Minggu, 27 September 2020 - 15:35 WIB VIVA – Hadir dengan berbagai warna dan juga motif, tren kain rajut sepertinya seda...

Penerbangan ihsan hantar jururawat patah tangan ke hospital

GUA MUSANG: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan ihsan menghantar seorang jurur...

Latests News

Isu peralihan kuasa selesai - anwar

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan isu peralihan kuasa antara beliau dan Tun Dr Mahathir Mo...

10 potret manis salsabila kintan, adik dikta yang jadi food blogg

06 Jul 2020, 22:19 WIB Berbagai sumber Gak banyak yang tahu, Pradikta Wicaksono alias Dikta merupakan anak kedua dari ti...

Nanta linggi pandu bot tinjau pedalaman kapit

gn4id:10505590 KAPIT: Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi mengemudi sendiri ...

Muip terima zakat rm3. 69 juta

KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menerima serahan zakat perniagaan daripada enam agensi k...

Pemaju perumahan mohon insentif belanjawan sabah bantu pasaran hartanah

KOTA KINABALU: Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) meminta kerajaan negeri menyediakan lebih banyak ...

Top