Perhimpunan solidariti tolak kebencian sabtu ini

Bharian

Perhimpunan solidariti tolak kebencian sabtu ini"

Play all audios:

Loading...

KUALA LUMPUR: Perhimpunan soladariti demi kedamaian dan menolak kebencian susulan serangan dua masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu akan diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata program bermula jam 7.30 pagi itu dihadiri masyarakat berbilang kaum dan agama. “Susulan kejadian serangan di New


Zealand itu, sudah tiba masanya kita mempromosikan dan memastikan kedamaian sebagai jalan yang terbaik dan bukannya kebencian dibalas dengan kebencian,” katanya. Beliau berkata demikian


kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Kedamaian Antara Kaum dan Agama di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini, hari ini. Mesyuarat dua jam itu turut disertai


Jawatankuasa Mempromosi Keharmonian Antara Agama di bawah Jabatan Perpaduan. Yang turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh; Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr


Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Presiden Persatuan Hindu Sangam Malaysia, Datuk R S Mohan Shan. Mujahid berkata, program adalah adalah peluang terbaik masyarakat berbilang kaum dan agama


berjumpa serta bersama menentang keganasan dan kebencian yang boleh menggugat keharmonian. “Ini perhimpunan masyarakat yang mahukan kedamaian dan menolak membalas dendam dan menghasut


masyarakatnya membenci kaum lain. “Program itu diisi dengan program seperti ceramah mempromosi budaya murni ‘jangan balas kebencian dengan kebencian’,” katanya. Mengenai sasaran penyertaan,


Mujahid berkata, setakat ini tiada sasaran ditetapkan, namun penganjur akan berusaha memastikan kehadiran yang ramai. Berhubung mesyuarat berkenaan, beliau berkata ia adalah sebahagian


hasrat untuk mengumpulkan ketua-ketua Persatuan Agama dan pertubuhan bukan kerajaan untuk merancakkan hubungan kedamaian dan agama di negara ini. “Hasrat kita adalah untuk menyempurnakan


aktiviti yang menjurus kepada kedamaian yang sudah dirancang pada tahun ini,” katanya.


Trending News

Pegawai polis didakwa gertak doktor

IPOH: Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas ...

Ini 6 kuliner khas cirebon yang patut dicoba, nagih pisan!

Gado-gado ayam khas Cirebon berbeda dari gado-gado yang banyak dijumpai di daerah lain di Indonesia. Gado-gado ini terdi...

Saadia Faruqi

Jul 03, 2017 Cut from the Same Cloth: Wearing Hijab in Houston, Post-Trump Wearing my hijab in Houston has always been c...

5 sebab pemuda harus berbuat baik dan melawan kemalasan

19 Mar 2019, 12:10 WIB Pexels.com/Jeffrey Reed Sungguh beruntung seorang pemuda yang tumbuh dewasa dalam kebaikan dan us...

Macam-macam zakat harta dan cara mudah menghitungnya

Zakat harta berikutnya adalah zakat emas dan perak, dihitung berdasarkan kepemilikan emas, perak atau logam mulia lainny...

Latests News

Perhimpunan solidariti tolak kebencian sabtu ini

KUALA LUMPUR: Perhimpunan soladariti demi kedamaian dan menolak kebencian susulan serangan dua masjid di Christchurch, N...

Bom di gereja surabaya: 'hati ibu mana yang tega bunuh anaknya? '

tirto.id - Usai salat Subuh, Budi Hartono mandi lalu menyambar seragam kerjanya. Sebelum berangkat, ia menyempatkan meny...

Resep dan Cara Membuat Selai Kaya Khas Malaysia, Nikmat buat Sarapan

Makan roti saat sarapan seringkali jadi pilihan banyak orang. Roti kerap dipadukan dengan berbagai selai untuk mendapatk...

Suka bermain paintball? Datanglah ke paintball 75, di bougival!

Penggemar Paintball berhati-hatilah... Paintball 75 menyambut Anda di Bougival, di Ile de la Loge, untuk bersenang-senan...

Walau Berdahi Lebar, 10 Artis Korea Ini Tetap Tampil Memikat

Nonong sing nonong sapa sing nduwe? Nonong sing nonong sing ayu dhewe~Berjidat lebar (atau bahasa gaulnya nonong) sering...

Top